"I was waiting for so long, for a miracle to come, everyone told me to be strong, hold on and dont shade a tear..."
Wednesday, December 16, 2009
Menyesal Kemudian Tidak Berguna!
Oleh itu , jadikan peristiwa ini sebagai pengajaran pada diriku agar tidak lalai dan leka dengan setiap matapelajaran yang bakal di ambil. Menyesal kemudian tidak berguna ,langkah seterusnya yang perlu diambil adalah berusaha dan berusaha hingga mencapai target yang disasarkan bagi tahun 2010 yang bakal menjelang dalam beberapa hari lagi. Azam tahun baru ...berazam berusaha dan berjaya...'NO PAIN NO GAIN'!
Its Me...
#YaZmIn 2009.#
Tuesday, November 24, 2009
CUTI..SEMESTER AFTER EXAM...!
Em...! malam yang ni hujan nampaknya. Sedap kalau bawak-bawak tidur nie. Hujan lebat pulak tuh. Tapi entah la kenape mata nie tak leh nak lelap le. So memandangkan tak tau apa nak buat apa lagi sambung la story lain lak dalam blog nie. Tak kan disebabkan subjek IT dah exam..blog pun stop. Actually blog ini diwujudkan oleh kerana salah satu daripada assignment for IT subject.
Hari Ahad baru-baru ini aku telah terjangkit satu penyakit yang memang aku tak pernah kena selama aku hidup ni. Nak tau sakit ape?. Ha!ha! 'SAKIT MATA'. Kelakarkan? Orang lain dah kena berkali-kali tapi aku baru nak pertama kali kena. Sakitnya aduyai..hanya Allah yang tahu. Macam nak tersembol biji mata terkeluar dari muka ni hah!. Siap pakej dengan pening dan sakit kepala lagi pula tuh!. Orang lain kena dah lali dibuatnya. Tapi aku siap macam nak demam-demam kura-kura pula rasanya. Mungkin la ini lah penagan bila dah tua-tua baru kena sakit ini..so..sakitnya amat lah ter cabar keimanan ini dibuatnya. Tapi yang paling unik pula tentang sakit mata ini ialah senang-senang le pulok nak dapat mc. Doktor siap bagi 4 hari mc berturut-turut. Apa lagi cuti-cuti di rumah le jawabnye. Nak keluar karang terjangkit pula kat orang di luar sana kang.
So..terperap je la kat rumah , buat lah apa-apa yang patut kan!. Sekarang masuk hari yang ke-3 sakit mata, tapi merah di mata masih tak kurang, cuma yang kurang sakit di biji mata dan sakit kepala sahaja yang hilang . Mata tetap merah menyala lagi . Takut pulak bila ku tengok biji mata yang merah nih. May be esok lusa baik lah tuh..insyaallah.!
So this week cuti persekolahan telah bermula, budak2 form 5 belum habis lagi SPM. Next week pulak aku akan mula masuk kerja semula , itu pun jika sakit mata ni sembuh cepat. Kalau masih belum alamatnya kena pergi ke Hospital la pulok. Ini yang malas ini. Start Dec result exam may be keluar...berdebar-debar le pulok rasanya. Start Januari after daftar Sem baru bermula lah kembali episod ke 3 pulak aku belajar iaitu semesta ke -3 pulak. Cepat betul masa berlalu. So must get prepare again. Begitu lah berterusannya episod hidup kita sampai lah ke hari Kiamat...So sendiri mau ingat lah. Akhir sekali good luck for those yang ada azam baru untuk berubah dan for those yang dah berjaya mengubah azam jadi kenyataan. Bye! Assalamualaikum!
#ThRuLy mE#
yAzMiN-nOv 2009.
Saturday, October 3, 2009
SESUATU YANG AMAT BERNILAI DALAM HIDUPKU...!
Tuesday, September 15, 2009
TAHNIAH DAN SYABAS!
Monday, September 14, 2009
*ONE STEP AT THE TIME IN RAMADHAN TO AIDIL FITRI*
Thursday, September 3, 2009
BULAN RAMADHAN PENUH CABARAN DAN MENGUJI KESABARAN.
Bulan Ramadhan pada tahun ni memang memberi cabaran serta menguji kesabaran saya sebagai seorang insan . Tapi bukan saya seorang saja yg diujinya pasti ada insan2 or teman2 lain juga yang diuji dgn cara yg berbeza pula.
Bulan September merupakan bulan Promosi SSP (SIJIL SIMPANAN PREMIUM)bagi negeri Selangor. Pernah kah anda mendengar apa itu Produk SSP?. SSP merupakan satu simpanan yang dikelolai dengan menggunakan sijil. Seakan-akan saman dengan Simpanan Tetap (Fix Deposit).Cuma yang sedikit berbezanya adalah Simpanan tersebut layak menyertai cabutan yang diadakan seluruh Malaysia.Hadiah-hadiah yang disediakan juga agak lumayan juga diantaranya Kereta-kereta mewah dan lain2 hadiah lagi.Simpanan ini agak sama saja dengan saving dalam buku,cuma ianya menggunakan sijil sebagai muka surat untuk mencetak nombor yang akan diwujudkan apabila kita membelinya. Simpanan ini juga dijamin oleh kerajaan dan Satu unit hanya bernilai RM 10 saja. Apabila nak keluarkan duit dari SSP ini perlu menunjukkan sijil yang telah dibeli itu dan tempoh untuk sijil itu boleh di keluarkan adalah 45 hari dari tarikh pembelian.Kalau nak tahu lebih lanjut layarilah laman http://www.bsn.com.my
Yang memeningkan kepala saya ni pula ialah dah la bulan ini bulan puasa, time nie lah kami kena banyak bercakap bagi mempromosikan SSP ni. Sampai kering tekak la dibuat
Nya.Dan lagi satu perkara yang lagi buat saya tention pula ialah cawangan kami diberikan target sebanyak RM 600,000.00 . Peh! Macammana nak capai tu???Banyak gitu!.Tapi bebekalkan semangat dan ketekunan saya dan staf2 yang lain akan berusaha
Bagi mencapai jumlah simpanan ini. Al maklum bak kata kerja itu adalah satu ibadah, so kena la byk2 bersabar…Cabutan akan di adakan pada 26 Sept 2009, bertempt di Pusat membeli Mydin di Subang Jaya .Bagi sesiapa yang berminat datang lah ke BSN dan simpan lah dalam SSP .Manalah tahu anda pulak yang akan menerima ganjaran hadiah tu. Ewah promosi le pulok!, he!,he! .
Oleh itu siapa yang belun ada, simpan lah dalam sijil Simpanan Premium , menyimpan lah sekarang manalah tau anda adalah pemenang seterusnya.TQ.
Tuesday, September 1, 2009
JUST UNTUK RENUNGAN DAN INGATAN
Tu lah,sambil-sambil tu ni yang nak cerita satu kisah ni. Kat tempat kerja
saya kisah ini terjadi. Itu lah bak kata orang bila duit punya pasal macam-macam boleh jadi dan bila cinta itu buta benda salah pun jadi betul. Begitu lah apa yang terjadi pada pada salah seorang pelanggan saya di tempat kerja.
Mengikut al-kisahnya 'Madam A' ni ada seorang anak tunggal lelaki saja. Maka bila anak lelakinya yang sorang ni berkahwin dan tinggal berasingan maka tinggallah dia berseorangan,lagi pun suaminya dah lama meninggal dunia dan ada la meninggalkan sedikit wang KWSP utk menyara dirinya yg seorang nie...Nak dijadikan cerita dia ni berasa sunyi sangat coz tingal seorang, mak bila anak tunggal nya bakal mendapat anak yg kedua dia pun minta la pada anaknya ni nak bela si cucunya ini. Maka anak nya ni beri la kerana nak lari kemana pun,bukan org lain yang bela emak sendiri.Madam A ni bela la si cucu ni sampai dah menigkat remaja,sekarang umur 15 thn, dalam Tingkatan 3.
Si cucu ni memang la manja sangat-sangat, minta apa saja memang neneknya pasti beri. Nak di jadikan cerita, si cucu ni dah pandai bercinta-cinta la pulak walaupun dlm alam persekolahan. Si boyfriend pulak jenis org yg tak ada visi dan misi sebab apa tau, pandai pulak ajar yang bukan2 kat budak sekolah ni. Nak tau apa yg dia ajar?. Dia ajar si cucu Madam A ni songlap duit neneknya. Si cucu ni bagitahu kat neneknya perikasa PMR dah dekat Cikgu minta bayar yuran itu dan ini,byak nak pakai duit. So dia sugest kat neneknya trasfer duit nenek nye ke dalam akaun bank dia agar senang dia nak ambil duit tu buat bayar yuran sekolah. Jika ada lebihan dia akan transfer la masuk balik dlm akaun neneknye.So, si nenek yang tak tahu apa-apa ni percaya la bulat- bulat dengan cucunya ni,maklum la cucu kesayangan. So mula-mula mereka datang TT la RM 2K dulu. Then esok pulak datang lagi TT lagi RM 7K pulak, katanya tak cukup. Bila masuk seminggu berlalu si nenek ni tanya la mana lebihan duit tu, rupa-rupanya kesemua duit itu dah di keluarkan oleh si cucu nie untuk bagi pada boyfriend nya dan selebihnye tu dia dah joly katak dah beli handphone and all teen stuf.Maka Madam A ni tak tau nak buat macam mana dia pun minta tolong pada menantunya (emak budak perempuan) tu then bincang dengan kami macam mana nak buat dgn duit Madam K yang dah di songlap oleh si cucunya nie. So kami pun beritahu apa yang patut dibuat oleh mereka. Sambil berbincang memeleh air mata Madam A, macam mana taknye itu saja wang yg tinggal hasil peninggalan suaminya. Dah ditipu pulak oleh cucu kesayangannya. Sedih pulak saya mengenangkan nasib Madam A.Memang tak mengenang budi sungguh cucunya nie, demi orang lain sanggup mengkhianati ahli keluarga sendiri yang bela dia dari kecil pulak tu. Maka mereka pun pergi la ke balai polis untuk buat repot, lepas tu tak tahu la apa yang jadi.
Oleh itu moral nya kisah ini, hidup ni kenalah mengenang budi dan membalas budi bila dah berjaya, jgn lupa asal usul diri dan ibu dan bapa yg penat menjaga kita sewaktu kecil sampai dewasa. Hidup ni kena la pandai membawa diri dengan siapa kita berkawan, pilih kawan yg macam mana, kalau baik kita pilih baik la jadinya kalau jahat pilihannya binasa la jadinya. Hidup ini harus lah pandai berfikir , akal fikiran yg tuhan bagi utk manusia adalah utj digunakan ke jln yg betul bukan jalan yang sonsang. hidup ini harus selalu elert a.k.a berwaspada ,jgn mudah percaya sangat cakap manis orang di sebelah kita perlu ada batasnya. Oleh itu pandai-pandai la kita membawa diri kita didalam dunia fana yang penuh pancaroba dan tipu daya ini. Kita tak minta semua itu berlaku tetapi dah itu ketentuan Ilahi kena la hadapi dengan penuh kesabaran. Wallahualam....!
note:"Saya rasa agak takut utk melalui saat kedewasaan anak saya, masa depan macam-macam bakal berlaku,macam2 budaya bakal muncul,macam2 kawan akan mereka jumpa dan harapnya perkara buruk tidak la terjadi pada anak-anak kita,banya-banyak la berdoa...!".
#Nukilan ku#
YaZmIn@77
**********
Sunday, August 23, 2009
PENGALAMAN SERAM DI SEKOLAH BERASRAMA
Pernah disuatu waktu itu ,saya pun kurang pasti bila, heboh diperkatakan oleh orang sekeliling tentang hantu orang minyak ,hantu susu dan macam-macam hantu lagi. Cerita-cerita sebegitu menjadi heboh dan panas, akhirnya sampai lah ke Sekolah saya.Adalah beberapa orang senior2 di dorm sebelah mengadu pernah terdengar bunyi tapak kaki orang berjalan di dalam dorm dan akhirnya hilang begitu saja. Selain itu ada juga yang mengatakan pernah ditindih 'makhluk' tersebut sehingga mereka lemas dan tak boleh bersuara.Pengalaman mereka ini menjadi gempar sehinggakan ramai yang ketakutan dan setiap malam kami semua akan tidur berdua-dua.Penakutlah katakan!.
Maka pada suatu malam itu, kebetulan rakan saya di katil atas telah pun tidur lebih awal kerana keletihan agaknya.Maka malam itu saya tidur berseorangan saja tanpa teman. Keliling katil saya selitkan dengan kain batik dan kain sembahyang,jadilah macam kelambu...Maka lebih kurang pukul 2 atau 3 pagi agaknya tiba-tiba saya terjaga.Saya terdengar satu bunyi di dorm sebelah yang menempatkan bilik air lama yang sudah tidak digunakan lagi.Bilik air tak boleh dimasuki sesiapa pun dan pintunya telah dipaku. Bunyi itu seolah olah orang memanjat dari dalam bilik air tersebut untuk keluar dari situ. Bunyi itu semakin jelas...saya hanya dapat melihat kelibatnya melalui celah kain-kain yang saya selitkan tadi.Saya pun takut juga untuk melihat dengan lebih teliti sebenarnya. Kedengarannya lembaga itu turun dari atas dinding bilik air tersebut dan menapak di lantai dorm asrama sebelah. Masih saya ingat lagi bunyi tapak kakinya seperti orang yang memakai kasut sekolah. Tap..tap...tap...,bunyi itu berlegar disekeliling dorm sebelah sebelum ianya kembali senyap. Tak dapat saya gambarkan disini betapa saya takut sangat pada waktu itu,padahal saya belum melihatnya di depan mata, cuma mendengar dan melihat kelibatnya saja dari jauh. Orang penakutlah katakan...Tiba-tiba bunyi tapak itu berbunyi kembali dan langkah nya makin dekat menuju ke arah dorm saya. Makin hampir dan makin dekat dan terus hampir ke katil saya.Waktu itu tuba-tiba hujung kaki saya berasa kebas hingga lah ke kulit kepala dan ke hujung rambut. Bulu roma saya mula merasa meremang. Saya hanya dapat membanca ayat kursi berulan-ulang kali sambil menekup muka saya dengan bantal. Bantal di keliling saya rasa ditarik ketepi dan jatuh ke bawah katil. Hendak menjerit ,suara keakan tidak keluar. Hanya ayat kursi yang dapat menenagkan perasaan takut ini. Saya terdengar lembaga itu mengoncangkan katil saya dan memanjat katil saya naik ke atas.Entah apa lah yang bakal terjadi pada kawan saya di atas sana waktu itu saya pun kurang pasti.Selepas beberapa saat di atas katil sambil mengoncangkan katil akhirnya bunyi tu kembali senyap. Begitu juga lembaga seakan sudah pergi. Tetapi dari mana ia keluar?,sedangkan tadi ia di atas katil kawan saya?. Terbang naik ikut bumbung asrama?..Entah lah hanya Allah yang tahu.Wallahualam. Keesokan pagi kawan saya mengadu yang dia berasa telah ditindih sehingga lemas. Saya pun menceritakan kisah pagi tadi dan tak dapat berbuat apa-apa kerana ketakutan. Makhluk itu seakan-akan tahu yang saya mendengar segala gerak gerinya dan seakan ia menduga keimanan saya.Namun alhamdulillah saya masih kuatkan iman, sekurang-kurang saya tidak diserang histeria kerana ketakutan.
Itu lah kisah saya kali ini.
Nukilan ku
#Yazmin77#
Wednesday, August 19, 2009
KISAH SUATU KETIKA DAHULU
Sunday, August 2, 2009
WHEREVER YOU ARE, DEATH WILL FIND YOU OUT

Hope it will remind us about life, death and the greatest of Allah.
My dear friends, take a moral from here, you never know when your life will end. Change your living and make amends, for heaven, on your deeds depend.
This is the tale of an Average Man,
Who acts contrary to Allah’s plan,
If you are reflected herein,
Then repent and commit no sin.
It was early in the morning at four,
When death knocked upon a bedroom door,
“Whose is there?” the sleeping one cried,
“I am Israel, let me inside.”
At once the man began to shiver,
As one sweating in deadly fever,
He shouted to his sleeping wife,
“Don’t let him take away my life.”
“Please go away, O Angel of death,
Leave me alone, I’m not ready yet,
My family on me depend,
Give me a chance, O please perpend.”
The angel knocked again and again,
“Friend, I’ll take your life without a pain,
It is your soul that Allah require,
I come not with my own desire.”
Bewildered, the man began to cry,
“ O Angel, I am so afraid to die,
I’ll give you gold, and be your slave,
Don’t sent me to the unlit grave.”
“Let me in , O friend!”, the Angel said,
“Open the door get up from your bed,
If you do not allow me in,
I will walk through it like a Jinn.”
The man held a gun in his right hand,
Ready to defy the Angel’s stand,
“I’ll point my gun towards your head,
You dare come in , I’ll shoot you dead.”
By now the Angel was in the room,
Saying, “O friend!, prepare for your doom,
Foolish man, Angel never die,
Put down your gun and do not sigh.”
“Why are you afraid tell me O Man,
To die according to Allah’s plan,
Come smile at me, do not be grim,
Be happy to return to Him.”
“O Angel !, I bow my head in shame,
I had no time to take Allah’s name,
From morning till dusk, I made my wealth,
Never even caring for my healthy.”
“Allah’s commands, I never obeyed,
Nor five times a day, I ever obeyed,
A Ramadan came and Ramadan went,
But no time had I to repent.”
“The Haj was already Fard on me,
But I would not part with my money,
All charities, I did ignore,
Taking usury , more and more.”
“Sometimes I sipped my favourite wine,
With flirting women I sat to dine,
O Angel I appeal to you,
Spare My life for a year or two”.
“The law of Qur’an, I’ll be obey,
I’ll begin to salaat, this very day,
My fast and Haj, I will complete,
And keep away from self-conceit.”
“I will refrain usury,
And give all my wealth to charity,
Wine and wenches I will detest,
Allah’s Oneness I will attest.”
“We Angel do what Allah demands,
We cannot do against His demands,
DEATH is ordained for everyone,
Father, Mother, Daughter or Son.”
“I’m afraid, this moments is your last,
Now be remained, more of your past,
I do understand your fears,
But it’s now too late for tears.”
“You lived in this world two score or more,
Never did you your people adore,
Your parents you did not obey,
Hungry beggars you turned away.”
“Your two ill-goten female offsprings,
In nightclubs for livelihood they sing,
Instead of making more Muslims,
You made your children non-Muslims.”
“You ignore the Muezzin’s Adzan,
Nor did you read the Holy Qur’an,
Breaking promises all your life,
Backbiting friends, and causing strife.”
“From hoarded goods, great profits you made,
And your poor workers you underpaid,
Horses and cards were you leisure,
Money –making was your pleasure.”
“You ate vitamins, and grew more fat,
With the very sick you never sat,
A Pint of blood, you never gave,
Which could a little baby save.”
“O Human, you have done enough wrong,
You bought good properties for a song,
When the farmers appealed to you,
You did not have mercy, it’s true.”
“Paradise for you?. I cannot tell,
Undoubtedly you will dwell in hell,
There’s no time for you to repent,’
I’ll take your soul, for which I’m sent.”
The ending however, is very sad,
Eventually, the man become mad,
With a cry he-jumped out of bed,
And suddenly, he fell down dead.”
Wednesday, July 29, 2009
HIDUP IBARAT PUTARAN RODA

Hai..Assalamualaikum!
Bersua lagi disini....!
Kisah ini berkisar tentang ape yang pernah terjadi dalam hidupku di tempat kerja...
Saya warwarkan kisah ini bukan lah berniat untuk memperlekehkan or memperkecilkan sesiapa pun.Tapi better la kalu kita sama-sama jadikan tauladan juga ingatan,maklumlah kita ni kan semuanya manusia biasa..
Hidup kita ni tak selalunya berada di atas puncak... ia ibarat roda yang berpusing dan hanya tunggu masa sahaja untuk berhenti.Seperti itulah yang terjadi kepada salah seorang 'staff' a.k.a 'my ex-boss ' yang paling terpenting di tempat kerjaku.Suatu masa dahulu dia diiring oleh 2 or 3 orang staff jika nak pergi ke mana jua..cawangan...,Kalau di Main Branch tu orang dah nampak kelibat nya semua cepat-cepat concentrate pada kerja kat depan mata.Jika cawangan dapat info yang dia nak buat visit tergempar..all staf kat cawangan pun ikut tergempar untuk prepare kedatangannya itu.Bukan lah bermakna my 'ex-boss' ni garang sangat or kejam sangat tapi..dia seorang yang serious dan tegas pasal hal kerja..(semua boss pun memang le macam tu kan?).But sometimes if kita dah kenali dia dgn betul.. actually dia baik,peramah dan kelakar orang nye..
Tapi ,the most thing that really special about him was..'he got a speciall skills in work', bila dia transfer saja ke Selangor ..our sales and target terus menjurus ke tempat pertama dalam semua negeri. Kami dapat banyak penghargaan dan pujian disebabkan cara dia manage all of the staff..bak kata 'he really got that special skills' lah. Yang mengusarkan pulak ..kami semua kena lah kerja keras sikit untuk capai target yang diberikan..tapi yang best nye pulak..bila kami dapat ranking tertinggi..all banefits akan dikongsi bersama dengan mengadakan 'events' , 'dinner','family day' and sumbangan 'cash' pun akan diberikan kepada the best staff and the best branch.Walau pun tention....but sometimes it's more funn and its a challenge betwen all staff too. So..semangat bersaing dan saling memperbaiki kerja dah tentu lah kami praktikkan .He's the most popular man lah in our organization..that time.
Tapi bak kata 'panas tak sampai ke petang, namun hujan di tengahhari'...hidup ini ibarat roda yg berpusing kadangkala atas ,dan kadangkala dibawah..beliau telah menerima satu dugaan yang amat berat dari Allah Taala...Di sebabkan satu 'perkara'..beliau telah dinasihatkan berhenti oleh management..dengan cara baik.Ini adalah kerana 'he's not following the procedure' bagi satu perkara yang mesti diikut. Benarlah seperti apa yang dipelajari dalam subject 'Principles of Management'..the power of his authority iaitu his 'signature'.Ianya boleh menaikkan profits or memberi risiko yang besar dalam kerjaya ,dalam membuat keputusan ( decision making).Ass a bos we have to be responsible with the decision we've made dan kita juga perlu menaggung akibat dari kesilapan itu.
Sekarang,beliau tiada lagi dlm organisasi kami, tapi saya akan senantiasa mengingati jasa beliau dan mempraktikkan skills-skills yang dia pernah praktikkan dulu.Namun , saya 'respect' sangat pada dia kerana walau pun diambang kejatuhan di dalam career nye dia tidak 'give-up'. Dia sedikit pun tidak berasa malu dengan kerjaya baru nye sekarang sebagai free lance ejen insuran. Dia seorang yang berkerja keras dalam apa sahaja yang dilakukannya walau di usia yang agak lewat itu..He's very hardworking, no wonder beliau telah dapat banyak penghargaan dlm kerjayua baru beliau .Usaha nya ini utk menyara keluarga terutamanya anak-anaknye yang masih di alam persekolahan. Saya berharap suatu hari nanti ,sinar kejayaan akan mengiringi hidupnya kembali....insyaallah!
Oleh itu marilah kita jadikan kisah ini sebagai renungan dan teladan bagi diri kita yang sering lupa bersyukur dengan nikmat yang Allah Taala berikan kepada kita.Jangan lah berputus asa dan berasa malu tatkala kita berada di tempat yang terendah di dunia sekalipun.Usaha tangga kejayaan kesabaran dan keimanan akan diiringi dengan kejayaan dan sinar baru..banyakkan beribadah dan berdoa kerana sesungguhnya Allah Taala mendengar setiap bait-bait doa yang kita lafazkan ....Insyaallah..!.
Luahan rasa..*
#Yazmin77 @oshinyaz#
Saturday, July 25, 2009
HIKMAH DAN CABARAN HIDUP INI
Assalamualaikum!
Disini ingin ku coretkan sedikit kisah , buat tatapan semua untuk menjadi renungan dan pemikiran bagi diri kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.
Sebagai insan biasa di bumi yang indah ini semua kita tentulah mengiiginkan kehidupan yang sempurna dan gembira.Begitulah juga aku , seperti insan-insan yan g lain igin menikmati secebis kehidupan yang Allah Taala pinjam kan buat diriku bagi menaghadapi hari-hari mendatang ini.Namun begitu aku tetap bersyukur atas nikmat dan apa sahaja yang dikurniakan buat diri ini.
Semua pasangan yang hidup di dunia ini tentulah mengiiginkan kehidupan berkeluarga yang sempurna,begitu juga aku dan suami.Tetapi itilah dinamakan suratan takdir illahi.Tatkala hari pertama aku melahirkan cahaya mata aku sungguh gembira tidak kepalang begitu juga suami.
Kami di kurnia anak lelaki yang sihat dan montel.Tetapi ini lah dinamakan suratan takdir dan dugaan buat kami.Setiap hari-hari yang mendatang kulihat anak ku tidak seperti bayi-bayi yang lain berkembang mengikut peredaran masa.Melihat,mendengar dan peka dengan keadaan keliling ,meniarap,merangkak,duduk ,berdiri dan berjalan.Anak pertama lah katakan belum ada pengalaman tentang isu perkembangan kanak-kanak.Anakku tidak melalui semua proses-proses itu.Apabila umur 11 bulan anakku diserang sawan tarik.Maka selepas itulah bermulanya satu episot duka dalam hidup kami.Anakku disah kan oleh doktor mengalami 'Delay Development + Epilapsi atau lebih dikenali sebagai kanak-kanak perkembangan lambat atau kanak-kanak istimewa.
Sepanjang pembesaran Muqriz dia tidak seperti kanak-kanak lain.Kadang-kadang aku sedih bila mengenangkan nasib Muqriz kelak.Dia tidak dapat berdikari seperti kanak-kanak lain.Kadang-kadang aku bertanya sendiri ,mengapa aku yang dianugerahi anak istimewa?.Berkali-kali aku bertanya pada diriku..Tapi mungkin ada hikmah disebalik dugaan dan kurniaan Allah ini.Aku sebagai hambanya harus pasrah dan bersyukur dengan apa yang ada.Walau berbagai dugaan yang kulalui dalam membesarkan Muqriz aku tetap akan tabah menghadapinya.Sekararang Muqris sudah berusia 9 tahun,sepatutnya telah bersekolah darjah tiga.Tetapi apakan daya dia tak dapat melalui semua itu seperti kanak-kanak lain.Bukan kerana aku tak mahu menghantarnya kesekolah,tetapi kerana tidak dapat berdikari sendiri walau pun untuk menyuap makanan sendiri dan dia berkerusi roda.Hidupnya hanya dialam dirinya sendiri.Namun begitu aku ada menghantarnya ke sekolah kanak-kanak istimewa iaitu Pusat pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Putrajaya.Kuharap ada sinar menanti Muqriz disuatu masa nanti.Kini aku telah dikurniakan seorang lagi anak perempuan yang sihat dan aktif.Aku rasa sangat bersyukur atas pemberian ilahi ini.Ku harap 'Naushin' akan dapat menjaga abangnya dengan penuh amanah dan kasih sayang kelak tatkala ketiadaan kami.
Oleh itu ,hidup ini haruslah bersyukur dan bersabar.Harus diingati sesusah-susah hidup kita ada insan yang lebih susah lagi di muka bumi ini.Allah Taala ingin menguji keimanan dan ketakwaan umatnya.Ku berdoa agar aku dan suami akan sentiasa tabah menghadapi kehidupan kami dimasa akan datang.....Insyaallah!...
Nukilan ku..
Yazmin.77