Wednesday, August 19, 2009

KISAH SUATU KETIKA DAHULU

Assalamualikum!
Nampaknya dah lama juga saya tidak coretkan sesuatu dalam space saya nie. Al maklum lah adat orang bekerja+belajar ruang-ruang yang ada itu agak terhad dan sempit sikit.Tambahan pulak bila dah berkeluarga banyak tanggungjawab dan tugas yang perlu dilaksanakan.
Okey, coretan kali ini berkisar tentang pengalaman ku sewaktu bersekolah asrama di tingkatan 1,2 dan 3 di salah sebuah sekolah agama di Perak. Sekolah tersebut beraliran agama, maka bila dah kata aliran agama tu tentu la kena belajar 'Bahasa Al-Quran' ,iaitu Bahasa Arab. Saya rasa cukup bertuah kerana dapat berpeluang belajar Bahasa Arab. Bermula dari asasnya iaitu 'nahu', 'Isim' dan kami juga kena hafal beberapa keratan ayat-ayat suci Al-Quranulkarim. 'Grammar' untuk Bahasa Arab ni boleh dikatakan agak susah juga, macam bahasa Inggeris banyak cabang-cabang grammarnya...dulu saya ingat lah tapi sekarang semua dah lupa dah..rugi sungguh rasanya.(insyaallah satu hari nanti saya nak belajar balik la Bahasa Arab ni) tapi yang saya tak lupa sampai sekarang adalah kami kena hafal ayat 'Surah Yasin ' dari mula sampi habis. Alhamdullillah ayat tersebut saya masih hafal lagi dan waktu itu kami belajar mata pelajaran 'Fardu Ain'.
Hampir setiap awal pagi, Pengetua kami (juga merupakan pengasas sekolah tersebut) iaitu Ustaz Abdul Wahab akan pantau dan masuk ke kelas-kelas yang mana guru belum masuk, just untuk soal kami dalam Bahasa Arab, apa itu ,apa ini dan benda itu dan ini dalam Bahasa Arab. Siapa yang mengulagkaji dan bijak bistari dengan senang nya dapat lah menjawabnya.Bagi sesiapa yang terkial-kial dan tak dapat nak jawab al maklum faham sajalah kena lah berdiri di atas kerusi sampai lah Ustaz keluar. Yang amat membanggakan saya Ustaz Abdul Wahab ni bekelulusan Universiti Mesir, kalau tak silap saya Universiti Al -Azhar. Sewaktu saya bersekolah di sana Ustaz A.Wahab mungkin dah berusia dalam lingkungan 60thn or 70 thn ke atas kot. Tapi saya cukup kagum kerana dia masih cergas dan cekal walaupun kadang-kadang ada juga datang sakit sekali sekala.
Anak Ustaz semua dah berjaya dah dalam hidup. Kalau dia pakar dalam Bahasa Arab anak bongsu nya pula 'Teacher Zaidan' pakar pula dalam bahasa Inggeris juga lulusan Oversea. Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi. Teacher Zaidan pun mengajar di Sekolah ini demi menyambung warisan 'Abuyanya'. Beliau ni pun lebih kurang macam Abuyanya juga, bila masuk kelas suka soal 'Grammar'. Semua orang kecut sebab dia ni garang sikit tak macam Abuyanya, lembut . Tapi cara pengajaran nya amat bagus ,mudah di fahami dan diingati.
Rutin kami di sana setiap hari sama saja. Bangun pagi pukul 4.30am 0r 5.00am. Sebab apa bangun awal?. Sebab nak berebut mandi awal, time itu kolah panjang dalam bilik air asrama penuh. Kalau bangun lambat dan mandi lambat nasib nya mandi air bercedok je lah di dasar kolah tu. Dah la air tinggal sikit berkeladak pulak tu. Lagi satu sebab bersiap awal kerana kami wajib solat Subuh berjemaah di surau asrama diimam kan oleh Pengetua, dimakmumkan budak lelaki di bahagian hadapan surau dan perempuan pula di belakang . Selesai itu ada la sedikit kuliah subuh yang akan Ustaz A.Wahab sampaikan.
Selesai itu pelajar perempun akan bersarapan di kantin dan selepas itu ke kelas untuk memulakan pelajaran. Sekolah tersebut merupakan sekolah agama swasta dan hanya dapat bantun kerajaan amat sedikit sahaja. Maka keseluruhan prasarana sekolah serba kekurangan. Masih saya ingat lagi ,kami pernah belajar di kelas yang tiada dinding dan pernah juga kami belajar di kantin sekolah. Sewaktu itu sekolah itu baru dibuka selama 3 tahun dan saya merupakan pelajar intake yang ke-3. Kekurangan kelas menyebabkan kami terpaksa bekorban dengan belajar dimana-mana saja dalam kawasan sekolah itu. Asrama perempuan pula cuma asrama papan dan berbumbungkan atap zink. Ianya cuma ada 3 dorm dan 1 bilik yang memuatkan 2 orang guru sahaja. Asrama lelaki di bahagian tingkat atas kelas yang mempunyai 3 buah kelas sahaja .Bangunan kelas binaan batu ditingkat bawah dan kayu di tingkat atas (asrama lelaki). Kami mandi melalui saluran air yang di pam dari sungai di belakang kawasan sekolah kami. Dan tatkala hari hujan air yang kami mandi pasti dalam keadaan keruh dan bewarna kekuningan. Pernah juga disebabkan masalah air pihak sekolah mengambil inisiatif dengan mengupah orang mengorek tanah untuk mendapatkan sumber air dari dalam tanah. Air tersebut akan di pam ke dalam kolah asrama. Tapi malangnya kualiti air tersebut juga kurang memuaskan, ianya berbau tanah liat dan keruh serta berkeladak. Pernah beberapa orang pelajar telah terkena penyakit gatal-gatal pada kulit disebabkan air tersebut tidak di klorin dan di tapis. Sejak itu pihak sekolah mengambil inisiatif dengan merawat air tersebut. Tidak lama selepas itu pihak sekolah telah dapat bantuan air dari kerajaan.
Memang tidak dinafikan banyak kekurangan mudahan asas bagi kegunaan kami sebagai murid di sana. Hingga kan peruntukan makan bagi murid-murid pun adalah dari bantuan yang di hulurkan oleh penduduk di sekitar kampung dan dari Ibu Bapa kami sendiri. Namun begitu kami sebagia murid-murid sekolah serta guru-guru dan warden asrama begitu cekal melalui keadaan serba kekurangan itu. Bagi kami menuntut ilmu tak kira di mana jua samaada dalam kekurangan pun kita akan mendapatkannya. Kami bersatu hati dalam susah dan senang menghadapi saat itu . Pengalaman di sana telah mengajar saya erti kesusahan hidup, kesyukuran, kasabaran dan cabaran dalam melalui dugaan dari yang maha esa..Allah Taala.
Sekarang jika saya pulang ke kampung di Perak, tatkala melalui sekolah tersebut saya merasa begitu bersyukur dan gembira kerana sekolah tersebut betul-betul telah berubah dari serba kekurangan kepada serba moden dan luas. Kemudahan asas untuk semua amat mencukupi bagi murid-muridnya kini. Dengar nya sekolah tersebut telah mendapat bantuan dari kerajaan bagi pembinaan bangunan sekolah yang baru dan bangunan asrama baru. Sungguh bertuah ganerasi-ganerasi baru sekolah ini berbanding kami generasi ke-3 sekolah tersebut dulu. Di samping itu , saya juga merasa amat bersyukur dapat belajar di sana kerana ,di sana saya dapat belajar ilmu dunia dan akhirat serta ilmu-ilmu Fardu Ain dlm agama Islam dengan begitu mendalam sekali. Terima kasih kepada pihak sekolah dan guru-guru yang telah melegkapkan hidup saya dengan ajaran agama Islam yang begitu sempurna dan indah . Tak dilupa jua kepada Ibu dan Bapa saya yang telah menghantar saya menimba ilmu di sana. Kini saya mengerti hidup ini penuh cabaran dan dugaan, hadapinya dengan tabah dan sabar,sentiasa bersyukur dan ingat yang satu hari nanti kita akan kembali jua ke sisi ilahi.
Sekian coretan kisah nan lalu...
Yazmin77

1 comment:

  1. aku sekolah kat kl je..
    mcm biasa je lah...
    takde pape yang menarik..
    sosial je yg lebih..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.