Saturday, October 3, 2009

SESUATU YANG AMAT BERNILAI DALAM HIDUPKU...!

Kata orang hidup perlulah sentiasa bersyukur dengan apa yang ada..Hidup juga haruslah beserdahana. Tapi kadang kadang memang lumrah maknusia pasti mahukan sesuatu yang lain dari yang lain, iaitu kekayaan dan kemewahan. Namun begitu aku  sungguh bersyukur  pada ilahi, sepanjang tempoh 12 tahun aku bekerja dapat juga aku mengumpul sesuatu yang amat bernilai dalam hidup ini. Walaupun aku bukanlah berpangkat besar dan bergaji lumayan sekurang-kurangnya dapat juga aku dan suami sama-sama  membeli sebuah mahligai, walau pun tidak lah sebesar mana . Cukup lah untuk kami berempat, namun  ianya agak selesa.

Ini lah dia teratak hidupku bersama keluargaku, agak sederhana dan agak selesa.

Selain itu , kereta juga merupakan sesuatu aset penting dalam hidupku dan pasti juga kepada semua orang. Masih ku ingat lagi kami  menjual kereta Kancil 850 yang dibeli oleh suamiku pada tahun 1997 kerana kereta tersebut telah terlibat dalam satu kemalangan kecil. Kata orang besi kalau dilaga-laga akan menjadi-jadi laganya. Oleh itu kami pun mengambil keputusan menjual kereta tersebut dan inginkan sebuah kenderaan yang lebih luas dan agak selesa sedikit. Proton Wira 1.5 Sedan merupakan kenderaan kedua kami yang dibeli pada tahun 1999. Tatkala itu zaman economi meleset di Malaysia. Semua jenis kenderaan agak mahal interestnya  hampir mencecah 12%. Maka tentulah bayaran bulanannya agak tinggi.

Bila masa berlalu pergi...,selepas 3 tahun terpikir pula di benak ini ingin memiliki rumah sendiri. Sampai bila mahu duduk menyewa. Maka kami pun mencari rumah pula untuk di jadikan aset yang paling penting sekali.

Masih ku ingat lagi , demi ingin membeli rumah aku terpaksa menjual kereta Wiraku demi untuk memudahkan kami budjet agar lebih mencukupi untuk kami membayar kedua-dua bayaran rumah dan kereta. Maka kami pun telah menukar kereta kepada kereta Mitsubishi Galant 2.0i pada tahun 2002. Walau pun kereta ini kereta terpakai namun kami agak berpuas hati dengannya.



Kini selepas tahun 7 tahun berlalu aku merasakan teringin pula berkereta kecil pula, kerana dapat menjimatkan lebih minyak dan mudah untuk parking dimana-mana sahaja.Tahun ini 2009 , aku telah membeli sebuah kereta perodua Viva Auto, oleh itu dapat lah kereta tuaku berehat lebih lama selepas bartahun-tahun menabur jasa padaku dengan mambawa ku ke tempat kerja. Alhamdulillah, walau tidak lah semahal mana kereta baruku sekurang-kurangnya ianya bakal berjasa pula untuk beberapa tahun ini.

 Selepas ini , jika ada rezeki aku merancang untuk memperbesarkan rumahku dan memperindakan ia dengan wajah baru pula, jika diizinkan Allah taala. Aku merasa amat bersyukur walaupau hidupku tidak lah semewah mana sekurang - kurangnya aku ada rumah sendiri dan kenderaan untuk aku mencari rezeki menyambung hidup kami sekeluarga. Dengan menyambung pelajaran sekarang , di harap aku dapat mempertingkatkan taraf hidup dan mencapai apa yang paling-paling aku idamkan selama ini iaitu segulung Ijazah dan bekerjaya yang lebih baik jika diizinkan Allah Taala...#.



-Nukilanku-
*YaZmIn / 2009*