Tuesday, September 15, 2009

TAHNIAH DAN SYABAS!

Assalamualaikum!
Kata orang hidup ini tiada cabaran jika kita tidak berani menghadapi  rencah-rencah kehidupan didalamnya. Begitu lah juga hidup ini tiada sempadan jika kita ingin mencari segala isi ilmu didalamnya. Hidup ini penuh persoalan jika kita belum menghadapi segala peristiwa yang bakal berlaku tanpa pengetahuan kita dan hidup ini tiada kejayaan jika kita malas berusaha untuk mencapainya...#
Kata-kata itulah yang menguatkan semangat saya bersama rakan seangkatan dalam menghadapi cabaran dalam 'Promosi Sijil Simpanan Premium' yang pernah saya ceritakan kelmarin. Peromosi yang telah berlangsung selama sebulan ini bagi manggalakkan pelanggan menyimpan wang di dalam bentuk sijil yang memberi peluang bagi menyertai setiap cabutan yang bakal diadakan 26/9/2009 bertempat di Pasaraya Mydin,Subang Jaya, bersempena kanival Negeri Selangor bagi manggalakkan orang menyimpan wang . Cabutan SSP bukan hanya diadakan sekali sahaja tetapi hampir setiap bulan ada cabutannya dan pasti ada pemenangnya.
Kami diberi target dalam menggalakkan orang ramai menyimpan wang. Masih ingat tak lagi di kisah yang lepas saya begitu risau jika kami tidak dapat mencapai target simpanan yang di beri . Target kami sebanyak RM 600,000.00 telah berjaya kami capai pada hari ini 16/9/2009. Bukan senang untuk mencapai jumlah tersebut kerana ramai yang kurang tahu  tentang SSP ini. Berbekalkan tekat dan kerjasama yang erat kami berjaya mengapai apa yang ditetapkan oleh pengurusan, INSYAALLAH Tahniah saya ucapkan kepada semua kakitangan Bsn Dengkil , selangor. Semoga kejayaan bakal mengiringi lagi di kemudian waktu.
Tahniah Sabas!..
*Thrully me*
YaZmIn

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.