Sunday, October 24, 2010

The Living Meuseum- Kampung Morten, Melaka.



Lawatan ku ke Kampung Morten berdekatan dengan Bandaraya Melaka memang bertujuan. Tujuan asalku adalah untuk membuat 'assignment' bagi matapelajaran 'Pengenalan kepada Multimedia' di UITM. Sekarang sudah masuk semester ke-4 , cepat sungguh masa berlalu begitu cepat juga jam berputar, hari pun begitu cepat berganti hari.Sedar tak sedar aku sudah ditahun ke 2 belajar di UITM, Shah Alam. Tinggal lagi 2 tahun untuk aku menghabiskan 'course' ini. Tak sabar pula rasanya...




Berbalik kepada lawatan ku di Kampung Morten, Melaka. Pemiliknya Haji Ibrahim dan Hajah Bibi sangat peramah. Aku pulak terasa macam mengganggu mereka yang sedang berehat selepas makan tengahhari.Sesampai sahaja di sana aku dijemput naik oleh tuan rumah. Apa lagi aku dengan pantas mengambil gambar sakan la didalam setiap sudut dalam rumah tradisional itu. Didalamnya penuh dengan perkakasan lama . Ianya terdiri daripada almari dan perabot lama, barang-barang dapur yang lama dan antik , baju pengantin yang unik, antik dan bersulamkan ciri-ciri pengantin zaman dahulu juga masih disimpan oleh tuan rumah. Begitu juga di dalam kawasan bilik terdiri daripada perabot yang antik. Boleh dikatakan segala barang dan alat di dalam rumah tradisional itu adalah barang-barang antik lama yang berkurun lama umurnya. Itulah keunikan seni dan tradisional kaum Melayu di Malaysia. Jikalau anda ada kelapangan sila lah melawat rumah tradisional tersebut di Kampung Morten yang terletak bersebelahan sahaja dengan Sungai Melaka. Selain menaiki kenderaan anda juga boleh menaiki bot feri mengelilingi Kampung Morten dan melalui sekitar tepian bandar Melaka. Tetapi pastikan anda pergi pada waktu malam barulah akan kelihatan keunikan dan keindahan lampu-lampu dimalam hari dapat dinikmati, seperti sekitar ala-ala itali gitu...!.

Oleh itu sayangi lah tradisi dan simpanlah barang-barang antik dan lama. Ini kerana jika tidak maka pupus lah semua alat tradisi kita dari berkurun zaman lamanya. Jangan lupa melawat Kampung Morten, kawasan yang kaya dengan seni tradisional dan penuh dengan keunikannya.' Malaysia truly Asia'...!.












***Yazmin***