Saturday, July 25, 2009

HIKMAH DAN CABARAN HIDUP INI


Assalamualaikum!
Disini ingin ku coretkan sedikit kisah , buat tatapan semua untuk menjadi renungan dan pemikiran bagi diri kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Sebagai insan biasa di bumi yang indah ini semua kita tentulah mengiiginkan kehidupan yang sempurna dan gembira.Begitulah juga aku , seperti insan-insan yan g lain igin menikmati secebis kehidupan yang Allah Taala pinjam kan buat diriku bagi menaghadapi hari-hari mendatang ini.Namun begitu aku tetap bersyukur atas nikmat dan apa sahaja yang dikurniakan buat diri ini.

Semua pasangan yang hidup di dunia ini tentulah mengiiginkan kehidupan berkeluarga yang sempurna,begitu juga aku dan suami.Tetapi itilah dinamakan suratan takdir illahi.Tatkala hari pertama aku melahirkan cahaya mata aku sungguh gembira tidak kepalang begitu juga suami.
Kami di kurnia anak lelaki yang sihat dan montel.Tetapi ini lah dinamakan suratan takdir dan dugaan buat kami.Setiap hari-hari yang mendatang kulihat anak ku tidak seperti bayi-bayi yang lain berkembang mengikut peredaran masa.Melihat,mendengar dan peka dengan keadaan keliling ,meniarap,merangkak,duduk ,berdiri dan berjalan.Anak pertama lah katakan belum ada pengalaman tentang isu perkembangan kanak-kanak.Anakku tidak melalui semua proses-proses itu.Apabila umur 11 bulan anakku diserang sawan tarik.Maka selepas itulah bermulanya satu episot duka dalam hidup kami.Anakku disah kan oleh doktor mengalami 'Delay Development + Epilapsi atau lebih dikenali sebagai kanak-kanak perkembangan lambat atau kanak-kanak istimewa.

Sepanjang pembesaran Muqriz dia tidak seperti kanak-kanak lain.Kadang-kadang aku sedih bila mengenangkan nasib Muqriz kelak.Dia tidak dapat berdikari seperti kanak-kanak lain.Kadang-kadang aku bertanya sendiri ,mengapa aku yang dianugerahi anak istimewa?.Berkali-kali aku bertanya pada diriku..Tapi mungkin ada hikmah disebalik dugaan dan kurniaan Allah ini.Aku sebagai hambanya harus pasrah dan bersyukur dengan apa yang ada.Walau berbagai dugaan yang kulalui dalam membesarkan Muqriz aku tetap akan tabah menghadapinya.Sekararang Muqris sudah berusia 9 tahun,sepatutnya telah bersekolah darjah tiga.Tetapi apakan daya dia tak dapat melalui semua itu seperti kanak-kanak lain.Bukan kerana aku tak mahu menghantarnya kesekolah,tetapi kerana tidak dapat berdikari sendiri walau pun untuk menyuap makanan sendiri dan dia berkerusi roda.Hidupnya hanya dialam dirinya sendiri.Namun begitu aku ada menghantarnya ke sekolah kanak-kanak istimewa iaitu Pusat pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Putrajaya.Kuharap ada sinar menanti Muqriz disuatu masa nanti.Kini aku telah dikurniakan seorang lagi anak perempuan yang sihat dan aktif.Aku rasa sangat bersyukur atas pemberian ilahi ini.Ku harap 'Naushin' akan dapat menjaga abangnya dengan penuh amanah dan kasih sayang kelak tatkala ketiadaan kami.

Oleh itu ,hidup ini haruslah bersyukur dan bersabar.Harus diingati sesusah-susah hidup kita ada insan yang lebih susah lagi di muka bumi ini.Allah Taala ingin menguji keimanan dan ketakwaan umatnya.Ku berdoa agar aku dan suami akan sentiasa tabah menghadapi kehidupan kami dimasa akan datang.....Insyaallah!...


Nukilan ku..
Yazmin.77

2 comments:

  1. atok aku meninggal subuh 1 ogos hari tu..

    ReplyDelete
  2. lain orang lain dugaan dariNya..
    mungkin rezeki hang camni..
    tp mungkin ada yang lagi dashyat dugaan..
    papepun,
    aku salute ngan hang pasal hang cool je..
    9 tahun tu bukan satu masa sekejap..
    nanti ada balasan utk ibu yg penyayang macam hang..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.