Tuesday, September 1, 2009

JUST UNTUK RENUNGAN DAN INGATAN

Study!...study! ...exam dah dekat dah!.walaupun lebi kurang 2 bln lebih lagi,try le prepare.Bila mengantuk tu mula la buka Face Book tengok apa-apa yang patut dlm tu.Hari ni my son tak sihat pulak tu demam panas, risau jugak takut dia kena 'Fit'.Bila keboringan dah bertukar, mula la teringat dah lama tak add something dlm my blog.

Tu lah,sambil-sambil tu ni yang nak cerita satu kisah ni. Kat tempat kerja
saya kisah ini terjadi. Itu lah bak kata orang bila duit punya pasal macam-macam boleh jadi dan bila cinta itu buta benda salah pun jadi betul. Begitu lah apa yang terjadi pada pada salah seorang pelanggan saya di tempat kerja.

Mengikut al-kisahnya 'Madam A' ni ada seorang anak tunggal lelaki saja. Maka bila anak lelakinya yang sorang ni berkahwin dan tinggal berasingan maka tinggallah dia berseorangan,lagi pun suaminya dah lama meninggal dunia dan ada la meninggalkan sedikit wang KWSP utk menyara dirinya yg seorang nie...Nak dijadikan cerita dia ni berasa sunyi sangat coz tingal seorang, mak bila anak tunggal nya bakal mendapat anak yg kedua dia pun minta la pada anaknya ni nak bela si cucunya ini. Maka anak nya ni beri la kerana nak lari kemana pun,bukan org lain yang bela emak sendiri.Madam A ni bela la si cucu ni sampai dah menigkat remaja,sekarang umur 15 thn, dalam Tingkatan 3.

Si cucu ni memang la manja sangat-sangat, minta apa saja memang neneknya pasti beri. Nak di jadikan cerita, si cucu ni dah pandai bercinta-cinta la pulak walaupun dlm alam persekolahan. Si boyfriend pulak jenis org yg tak ada visi dan misi sebab apa tau, pandai pulak ajar yang bukan2 kat budak sekolah ni. Nak tau apa yg dia ajar?. Dia ajar si cucu Madam A ni songlap duit neneknya. Si cucu ni bagitahu kat neneknya perikasa PMR dah dekat Cikgu minta bayar yuran itu dan ini,byak nak pakai duit. So dia sugest kat neneknya trasfer duit nenek nye ke dalam akaun bank dia agar senang dia nak ambil duit tu buat bayar yuran sekolah. Jika ada lebihan dia akan transfer la masuk balik dlm akaun neneknye.So, si nenek yang tak tahu apa-apa ni percaya la bulat- bulat dengan cucunya ni,maklum la cucu kesayangan. So mula-mula mereka datang TT la RM 2K dulu. Then esok pulak datang lagi TT lagi RM 7K pulak, katanya tak cukup. Bila masuk seminggu berlalu si nenek ni tanya la mana lebihan duit tu, rupa-rupanya kesemua duit itu dah di keluarkan oleh si cucu nie untuk bagi pada boyfriend nya dan selebihnye tu dia dah joly katak dah beli handphone and all teen stuf.Maka Madam A ni tak tau nak buat macam mana dia pun minta tolong pada menantunya (emak budak perempuan) tu then bincang dengan kami macam mana nak buat dgn duit Madam K yang dah di songlap oleh si cucunya nie. So kami pun beritahu apa yang patut dibuat oleh mereka. Sambil berbincang memeleh air mata Madam A, macam mana taknye itu saja wang yg tinggal hasil peninggalan suaminya. Dah ditipu pulak oleh cucu kesayangannya. Sedih pulak saya mengenangkan nasib Madam A.Memang tak mengenang budi sungguh cucunya nie, demi orang lain sanggup mengkhianati ahli keluarga sendiri yang bela dia dari kecil pulak tu. Maka mereka pun pergi la ke balai polis untuk buat repot, lepas tu tak tahu la apa yang jadi.

Oleh itu moral nya kisah ini, hidup ni kenalah mengenang budi dan membalas budi bila dah berjaya, jgn lupa asal usul diri dan ibu dan bapa yg penat menjaga kita sewaktu kecil sampai dewasa. Hidup ni kena la pandai membawa diri dengan siapa kita berkawan, pilih kawan yg macam mana, kalau baik kita pilih baik la jadinya kalau jahat pilihannya binasa la jadinya. Hidup ini harus lah pandai berfikir , akal fikiran yg tuhan bagi utk manusia adalah utj digunakan ke jln yg betul bukan jalan yang sonsang. hidup ini harus selalu elert a.k.a berwaspada ,jgn mudah percaya sangat cakap manis orang di sebelah kita perlu ada batasnya. Oleh itu pandai-pandai la kita membawa diri kita didalam dunia fana yang penuh pancaroba dan tipu daya ini. Kita tak minta semua itu berlaku tetapi dah itu ketentuan Ilahi kena la hadapi dengan penuh kesabaran. Wallahualam....!

note:"Saya rasa agak takut utk melalui saat kedewasaan anak saya, masa depan macam-macam bakal berlaku,macam2 budaya bakal muncul,macam2 kawan akan mereka jumpa dan harapnya perkara buruk tidak la terjadi pada anak-anak kita,banya-banyak la berdoa...!".

#Nukilan ku#
YaZmIn@77
**********

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.