Monday, September 14, 2009

*ONE STEP AT THE TIME IN RAMADHAN TO AIDIL FITRI*

Assalamualaikum!*

Nampaknya hampir sudah 25 hari kita semua menjalani ibadah puasa di bulan Ramathan yang mulia ini. Ini lah bulan yang dinanti-nantikan kalau bagi sesiapa yang nakkan pahala lebih kenalah banyak-banyakkan beribadah. Tapi...kalau bagi kanak-kanak bulan ini bakal membawa mereka ke hari yang gembira iaitu 'Aidil Fitri' . Sebelum menempuh itu pulak mereka seronok kerana malam hari boleh main bunga api dan ada yang bagus sikit tu ikut lah parents pergi solat Terawih. Bila tiba hari raya mereka lah yang paling untung coz dapat collect banyak duit raya, manakala time tu pulak mak n ayah pula kena lah budget-budget juga kerana kenalah bersedekah duit raya kat orang lain pulak...*
Dalam melalui rutin-rutin harian di bulan yang mulia ini, pasti kita tidak terlepas dalam berbelanja. Al maklumlah hari raya bakal menjelang, perlulah ada persediaan untuk diri dan anak-anak. Bila bercerita tentang pergi shooping sakan nie maka saya nak berkongsilah sedikit kisah di bulan Ramadhan ni. Pada hari Sabtu yang lepas 12/9/2009 saya bersama best friend saya pergilah ke Jalan Tengku Abdul Rahman-Masjid India biasalah tempat shooping raya yang paling laris tu lah...Dengan penuh semangat wajanya di pagi yang hening, kami bertolak awal dari rumah, biasa lah nak dapat paking awal kalau lambat karang alamat kena bertawaflah sekeliling Jln Tengku Abdul Rahman tu. *
First sekali kami masuklah ke satu  buah kedai Uncle India ni, sebab my best friend  Nani ni teramatlah teruja sangat pada baju ala-ala Bollywood nie (coz mamber pun memang minat giler tengok filem Hindustan pun). Kami ni merupakam first customerlah katakan...Then pilih punya pilih baju terbekenalah kat sepasang Baju Punjabi Sutera India warna hijau nih!. Harganya agak mahal juga RM350.OO sepasang. Apa lagi kami tawar menawar lah dengan uncle kedai tuh, tapi kena ada aunty berbangsa India seorang pulak coz si auncle nih masih belum fasih batul-betul Bahasa Ibunda kita. Malkum lah bukan orang tempatan. Agaknya memang dah rezeki kami that time kerana dapat lah discount untuk baju itu jadi RM 170.00. Siap dapat free dengan gelang ala-ala Hindustani lagi atau panggilan mereka 'curia'. Maka tercapai lah hasrat Nani untuk bergaya ala-ala Bollywood di hari raya nanti. Lepas tu kami pun berjalan sakan lah untuk cari baju raya dan tudung ala-ala Melayu untuk saya pula. Dapat lah baju kurung moden  2 pasang untuk saya dan kononnya nak belilah  tudung 'Ariani' , kami pun ke kedai tudung yang glamour bermodelkan Ekin- Mawi tu. Masyaallah alangkah ramainya wanita-wanita muslimah yang dok menerai sakan tudung-tudung tu sampai nak berjalan pun siap berlaga bahu lagi. Harga tudung di sana agak mahal juga, paling murah pun RM40.00 , 10%-50% ikut jenis kain. Tapi qualitinya agak baik juga. Saya pun surveylah tudung yang sepadan  dengan baju yang baru di beli tadi. Di sebabkan saya ni 'Minah Budget' sikit maka saya belilah sehelai sahaja harga RM 75.00 and after diskaun  dapat lah RM 63.00 lebih,jadilah nak merasa setahun sekali. Selepas itu kami cadang untuk ke 'Sogo' tapi nampaknya memang tak tercapai dek hasrat lah nampaknya kerana memang every year ramai sangat orang suka membeli-belah di 'Sogo' tu, sampai nak bayar pun kena Q panjang berjela. Oleh kerana tak mau membuang masa kami pun keluarlah dari sana ke tempat lain pula.*
Selepas mendapat apa semula yang di cari kami pun bercadang untuk balik , maklmlah dah penat sangat dari pukul 9-3pm kat sana. On the way to parking lot kami kena melalui beberapa gerai makan, sedap betul bau-bauan juadah yang di masak kat situ tu. Tapi Yang peliknya baru pukul 3pm mereka dah start masak untuk siapa?, untuk non muslim yang shooping ke?.Tapi nampaknya 90% yang datang shooping semuanya orang muslim yang berpuasa. Lepas tu saya terpandanglah  di sisi tepi kedai, tempat  letak meja-meja makan di situ di tutupi oleh plastik rentang besar warna biru. Saya cuba juga jengok-jengok apa ada di dalam sana tuh, rupa-rupanya adalah beberapa orang 'makhluk tak puasa' yang sedang dok sedap menjamu selera di bulan Ramadhan. Masyaallah, sungguh kurang sopan mereka itu dah lah tak puasa, makan di kawasan khalayak ramai yang berpuasa ni. Nak kata mereka datang bulan, tapi semuanya lelaki . Kedai itu pulak sama-sama bersubahat dengan orang tak puasa. Mengapa harus ditutup dengan plastik kalau pelanggan yang  makan yang bukan muslim?. Pasti semua pelanggan itu orang muslim yang jenis cuak untuk berpuasa. Entahlah dalam begitu sibuk orang mengejar pahala dibulan Ramadhan ini ada juga yang jenis suka membuat dosa juga. Hormat lah sikit bulan Ramadhan , kalau ya pun 'tapau' la makanan tu balik makan di rumah. Ini memalukan umat Islam sahaja dah la berdekatan situ terdapat beberapa orang uncle-uncle berbangsa India dan Cina petugas am DBKL di situ. Kemana hilangnya rasa malu kita sebagai umat Islam di negara Islam ini?. Rasa macam  nak report sahaja kat Jabatan Agama Islam.*
Oleh itu, di bulan yang mulia ini dalam kesibukan kita berbelanja, jangan lah lupa untuk bersedekah kepada yang amat memerlukan terutamanya  jangan lupa bayar Zakat Fitrah. Bersederhanalah juga dalam berbelanja dan jangan membazir. Kalau ada masa terluang pergi solat terawih beramai-ramai dengan umat Islam yang lain , membaca Al-Quran dan banyak-banyakkanlah beramal beribadah. Pahalanya berlipat ganda banyaknya. Semoga 'one step' kita menjadi Umat Islam yang sejati dan kamil dan  'at the time' kita dapat mengeratkan ukhwah sesama saudara Islam dan memepertahankan agama Islam yang suci serta taat kepada suruhan Allah Taala, tuhan sekelian umat.
Selamat Berpuasa dan Selamat Aidil Fitri...!
*Trully..me*

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.