Wednesday, December 16, 2009

Menyesal Kemudian Tidak Berguna!

Keputusan exam Semester 2 baru saja diumumkan, keputusan yang agak mengecewakan bagiku untuk satu subjek IT telah menyedarkan aku tentang betapa pentingnya mengambil perhatian terhadap kesemua mata pelajaran dengan seimbang dan penuh persediaan. Mengulangkaji di waktu awal adalah satu tip 'study' yang sangat bijak untuk dilakukan jika ingin mendapat 'result' yang cemerlang. Contoh paling ketara sewaktu semester pertama dahulu cara ini lah yang aku amalkan dan hasilnya memang memuaskan. Pointer ku juga memang sukar dipercayai. Namun akibat lalai  serta mengambil mudah pada satu subjek ini ,telah mengundang kekecewaan padaku kerana keputusan yang ku terima agak menyedihkan dan kurang memuaskan walaupau subjek yang lain masih di tahap agak cemerlang juga.

Oleh itu , jadikan peristiwa ini sebagai pengajaran pada diriku agar tidak lalai dan leka dengan setiap matapelajaran yang bakal di ambil. Menyesal kemudian tidak berguna ,langkah seterusnya yang perlu diambil adalah berusaha dan berusaha hingga mencapai target yang disasarkan bagi tahun 2010 yang bakal menjelang dalam beberapa hari lagi. Azam tahun baru ...berazam berusaha  dan berjaya...'NO PAIN NO GAIN'!

Its Me...

#YaZmIn 2009.#