Tuesday, September 15, 2009

TAHNIAH DAN SYABAS!

Assalamualaikum!
Kata orang hidup ini tiada cabaran jika kita tidak berani menghadapi  rencah-rencah kehidupan didalamnya. Begitu lah juga hidup ini tiada sempadan jika kita ingin mencari segala isi ilmu didalamnya. Hidup ini penuh persoalan jika kita belum menghadapi segala peristiwa yang bakal berlaku tanpa pengetahuan kita dan hidup ini tiada kejayaan jika kita malas berusaha untuk mencapainya...#
Kata-kata itulah yang menguatkan semangat saya bersama rakan seangkatan dalam menghadapi cabaran dalam 'Promosi Sijil Simpanan Premium' yang pernah saya ceritakan kelmarin. Peromosi yang telah berlangsung selama sebulan ini bagi manggalakkan pelanggan menyimpan wang di dalam bentuk sijil yang memberi peluang bagi menyertai setiap cabutan yang bakal diadakan 26/9/2009 bertempat di Pasaraya Mydin,Subang Jaya, bersempena kanival Negeri Selangor bagi manggalakkan orang menyimpan wang . Cabutan SSP bukan hanya diadakan sekali sahaja tetapi hampir setiap bulan ada cabutannya dan pasti ada pemenangnya.
Kami diberi target dalam menggalakkan orang ramai menyimpan wang. Masih ingat tak lagi di kisah yang lepas saya begitu risau jika kami tidak dapat mencapai target simpanan yang di beri . Target kami sebanyak RM 600,000.00 telah berjaya kami capai pada hari ini 16/9/2009. Bukan senang untuk mencapai jumlah tersebut kerana ramai yang kurang tahu  tentang SSP ini. Berbekalkan tekat dan kerjasama yang erat kami berjaya mengapai apa yang ditetapkan oleh pengurusan, INSYAALLAH Tahniah saya ucapkan kepada semua kakitangan Bsn Dengkil , selangor. Semoga kejayaan bakal mengiringi lagi di kemudian waktu.
Tahniah Sabas!..
*Thrully me*
YaZmIn

Monday, September 14, 2009

*ONE STEP AT THE TIME IN RAMADHAN TO AIDIL FITRI*

Assalamualaikum!*

Nampaknya hampir sudah 25 hari kita semua menjalani ibadah puasa di bulan Ramathan yang mulia ini. Ini lah bulan yang dinanti-nantikan kalau bagi sesiapa yang nakkan pahala lebih kenalah banyak-banyakkan beribadah. Tapi...kalau bagi kanak-kanak bulan ini bakal membawa mereka ke hari yang gembira iaitu 'Aidil Fitri' . Sebelum menempuh itu pulak mereka seronok kerana malam hari boleh main bunga api dan ada yang bagus sikit tu ikut lah parents pergi solat Terawih. Bila tiba hari raya mereka lah yang paling untung coz dapat collect banyak duit raya, manakala time tu pulak mak n ayah pula kena lah budget-budget juga kerana kenalah bersedekah duit raya kat orang lain pulak...*
Dalam melalui rutin-rutin harian di bulan yang mulia ini, pasti kita tidak terlepas dalam berbelanja. Al maklumlah hari raya bakal menjelang, perlulah ada persediaan untuk diri dan anak-anak. Bila bercerita tentang pergi shooping sakan nie maka saya nak berkongsilah sedikit kisah di bulan Ramadhan ni. Pada hari Sabtu yang lepas 12/9/2009 saya bersama best friend saya pergilah ke Jalan Tengku Abdul Rahman-Masjid India biasalah tempat shooping raya yang paling laris tu lah...Dengan penuh semangat wajanya di pagi yang hening, kami bertolak awal dari rumah, biasa lah nak dapat paking awal kalau lambat karang alamat kena bertawaflah sekeliling Jln Tengku Abdul Rahman tu. *
First sekali kami masuklah ke satu  buah kedai Uncle India ni, sebab my best friend  Nani ni teramatlah teruja sangat pada baju ala-ala Bollywood nie (coz mamber pun memang minat giler tengok filem Hindustan pun). Kami ni merupakam first customerlah katakan...Then pilih punya pilih baju terbekenalah kat sepasang Baju Punjabi Sutera India warna hijau nih!. Harganya agak mahal juga RM350.OO sepasang. Apa lagi kami tawar menawar lah dengan uncle kedai tuh, tapi kena ada aunty berbangsa India seorang pulak coz si auncle nih masih belum fasih batul-betul Bahasa Ibunda kita. Malkum lah bukan orang tempatan. Agaknya memang dah rezeki kami that time kerana dapat lah discount untuk baju itu jadi RM 170.00. Siap dapat free dengan gelang ala-ala Hindustani lagi atau panggilan mereka 'curia'. Maka tercapai lah hasrat Nani untuk bergaya ala-ala Bollywood di hari raya nanti. Lepas tu kami pun berjalan sakan lah untuk cari baju raya dan tudung ala-ala Melayu untuk saya pula. Dapat lah baju kurung moden  2 pasang untuk saya dan kononnya nak belilah  tudung 'Ariani' , kami pun ke kedai tudung yang glamour bermodelkan Ekin- Mawi tu. Masyaallah alangkah ramainya wanita-wanita muslimah yang dok menerai sakan tudung-tudung tu sampai nak berjalan pun siap berlaga bahu lagi. Harga tudung di sana agak mahal juga, paling murah pun RM40.00 , 10%-50% ikut jenis kain. Tapi qualitinya agak baik juga. Saya pun surveylah tudung yang sepadan  dengan baju yang baru di beli tadi. Di sebabkan saya ni 'Minah Budget' sikit maka saya belilah sehelai sahaja harga RM 75.00 and after diskaun  dapat lah RM 63.00 lebih,jadilah nak merasa setahun sekali. Selepas itu kami cadang untuk ke 'Sogo' tapi nampaknya memang tak tercapai dek hasrat lah nampaknya kerana memang every year ramai sangat orang suka membeli-belah di 'Sogo' tu, sampai nak bayar pun kena Q panjang berjela. Oleh kerana tak mau membuang masa kami pun keluarlah dari sana ke tempat lain pula.*
Selepas mendapat apa semula yang di cari kami pun bercadang untuk balik , maklmlah dah penat sangat dari pukul 9-3pm kat sana. On the way to parking lot kami kena melalui beberapa gerai makan, sedap betul bau-bauan juadah yang di masak kat situ tu. Tapi Yang peliknya baru pukul 3pm mereka dah start masak untuk siapa?, untuk non muslim yang shooping ke?.Tapi nampaknya 90% yang datang shooping semuanya orang muslim yang berpuasa. Lepas tu saya terpandanglah  di sisi tepi kedai, tempat  letak meja-meja makan di situ di tutupi oleh plastik rentang besar warna biru. Saya cuba juga jengok-jengok apa ada di dalam sana tuh, rupa-rupanya adalah beberapa orang 'makhluk tak puasa' yang sedang dok sedap menjamu selera di bulan Ramadhan. Masyaallah, sungguh kurang sopan mereka itu dah lah tak puasa, makan di kawasan khalayak ramai yang berpuasa ni. Nak kata mereka datang bulan, tapi semuanya lelaki . Kedai itu pulak sama-sama bersubahat dengan orang tak puasa. Mengapa harus ditutup dengan plastik kalau pelanggan yang  makan yang bukan muslim?. Pasti semua pelanggan itu orang muslim yang jenis cuak untuk berpuasa. Entahlah dalam begitu sibuk orang mengejar pahala dibulan Ramadhan ini ada juga yang jenis suka membuat dosa juga. Hormat lah sikit bulan Ramadhan , kalau ya pun 'tapau' la makanan tu balik makan di rumah. Ini memalukan umat Islam sahaja dah la berdekatan situ terdapat beberapa orang uncle-uncle berbangsa India dan Cina petugas am DBKL di situ. Kemana hilangnya rasa malu kita sebagai umat Islam di negara Islam ini?. Rasa macam  nak report sahaja kat Jabatan Agama Islam.*
Oleh itu, di bulan yang mulia ini dalam kesibukan kita berbelanja, jangan lah lupa untuk bersedekah kepada yang amat memerlukan terutamanya  jangan lupa bayar Zakat Fitrah. Bersederhanalah juga dalam berbelanja dan jangan membazir. Kalau ada masa terluang pergi solat terawih beramai-ramai dengan umat Islam yang lain , membaca Al-Quran dan banyak-banyakkanlah beramal beribadah. Pahalanya berlipat ganda banyaknya. Semoga 'one step' kita menjadi Umat Islam yang sejati dan kamil dan  'at the time' kita dapat mengeratkan ukhwah sesama saudara Islam dan memepertahankan agama Islam yang suci serta taat kepada suruhan Allah Taala, tuhan sekelian umat.
Selamat Berpuasa dan Selamat Aidil Fitri...!
*Trully..me*

Thursday, September 3, 2009

BULAN RAMADHAN PENUH CABARAN DAN MENGUJI KESABARAN.

Ahlan wasahlan!
Bulan Ramadhan pada tahun ni memang memberi cabaran serta menguji kesabaran saya sebagai seorang insan . Tapi bukan saya seorang saja yg diujinya pasti ada insan2 or teman2 lain juga yang diuji dgn cara yg berbeza pula.

Bulan September merupakan bulan Promosi SSP (SIJIL SIMPANAN PREMIUM)bagi negeri Selangor. Pernah kah anda mendengar apa itu Produk SSP?. SSP merupakan satu simpanan yang dikelolai dengan menggunakan sijil. Seakan-akan saman dengan Simpanan Tetap (Fix Deposit).Cuma yang sedikit berbezanya adalah Simpanan tersebut layak menyertai cabutan yang diadakan seluruh Malaysia.Hadiah-hadiah yang disediakan juga agak lumayan juga diantaranya Kereta-kereta mewah dan lain2 hadiah lagi.Simpanan ini agak sama saja dengan saving dalam buku,cuma ianya menggunakan sijil sebagai muka surat untuk mencetak nombor yang akan diwujudkan apabila kita membelinya. Simpanan ini juga dijamin oleh kerajaan dan Satu unit hanya bernilai RM 10 saja. Apabila nak keluarkan duit dari SSP ini perlu menunjukkan sijil yang telah dibeli itu dan tempoh untuk sijil itu boleh di keluarkan adalah 45 hari dari tarikh pembelian.Kalau nak tahu lebih lanjut layarilah laman http://www.bsn.com.my
Yang memeningkan kepala saya ni pula ialah dah la bulan ini bulan puasa, time nie lah kami kena banyak bercakap bagi mempromosikan SSP ni. Sampai kering tekak la dibuat
Nya.Dan lagi satu perkara yang lagi buat saya tention pula ialah cawangan kami diberikan target sebanyak RM 600,000.00 . Peh! Macammana nak capai tu???Banyak gitu!.Tapi bebekalkan semangat dan ketekunan saya dan staf2 yang lain akan berusaha
Bagi mencapai jumlah simpanan ini. Al maklum bak kata kerja itu adalah satu ibadah, so kena la byk2 bersabar…Cabutan akan di adakan pada 26 Sept 2009, bertempt di Pusat membeli Mydin di Subang Jaya .Bagi sesiapa yang berminat datang lah ke BSN dan simpan lah dalam SSP .Manalah tahu anda pulak yang akan menerima ganjaran hadiah tu. Ewah promosi le pulok!, he!,he! .

Oleh itu siapa yang belun ada, simpan lah dalam sijil Simpanan Premium , menyimpan lah sekarang manalah tau anda adalah pemenang seterusnya.TQ.

Tuesday, September 1, 2009

JUST UNTUK RENUNGAN DAN INGATAN

Study!...study! ...exam dah dekat dah!.walaupun lebi kurang 2 bln lebih lagi,try le prepare.Bila mengantuk tu mula la buka Face Book tengok apa-apa yang patut dlm tu.Hari ni my son tak sihat pulak tu demam panas, risau jugak takut dia kena 'Fit'.Bila keboringan dah bertukar, mula la teringat dah lama tak add something dlm my blog.

Tu lah,sambil-sambil tu ni yang nak cerita satu kisah ni. Kat tempat kerja
saya kisah ini terjadi. Itu lah bak kata orang bila duit punya pasal macam-macam boleh jadi dan bila cinta itu buta benda salah pun jadi betul. Begitu lah apa yang terjadi pada pada salah seorang pelanggan saya di tempat kerja.

Mengikut al-kisahnya 'Madam A' ni ada seorang anak tunggal lelaki saja. Maka bila anak lelakinya yang sorang ni berkahwin dan tinggal berasingan maka tinggallah dia berseorangan,lagi pun suaminya dah lama meninggal dunia dan ada la meninggalkan sedikit wang KWSP utk menyara dirinya yg seorang nie...Nak dijadikan cerita dia ni berasa sunyi sangat coz tingal seorang, mak bila anak tunggal nya bakal mendapat anak yg kedua dia pun minta la pada anaknya ni nak bela si cucunya ini. Maka anak nya ni beri la kerana nak lari kemana pun,bukan org lain yang bela emak sendiri.Madam A ni bela la si cucu ni sampai dah menigkat remaja,sekarang umur 15 thn, dalam Tingkatan 3.

Si cucu ni memang la manja sangat-sangat, minta apa saja memang neneknya pasti beri. Nak di jadikan cerita, si cucu ni dah pandai bercinta-cinta la pulak walaupun dlm alam persekolahan. Si boyfriend pulak jenis org yg tak ada visi dan misi sebab apa tau, pandai pulak ajar yang bukan2 kat budak sekolah ni. Nak tau apa yg dia ajar?. Dia ajar si cucu Madam A ni songlap duit neneknya. Si cucu ni bagitahu kat neneknya perikasa PMR dah dekat Cikgu minta bayar yuran itu dan ini,byak nak pakai duit. So dia sugest kat neneknya trasfer duit nenek nye ke dalam akaun bank dia agar senang dia nak ambil duit tu buat bayar yuran sekolah. Jika ada lebihan dia akan transfer la masuk balik dlm akaun neneknye.So, si nenek yang tak tahu apa-apa ni percaya la bulat- bulat dengan cucunya ni,maklum la cucu kesayangan. So mula-mula mereka datang TT la RM 2K dulu. Then esok pulak datang lagi TT lagi RM 7K pulak, katanya tak cukup. Bila masuk seminggu berlalu si nenek ni tanya la mana lebihan duit tu, rupa-rupanya kesemua duit itu dah di keluarkan oleh si cucu nie untuk bagi pada boyfriend nya dan selebihnye tu dia dah joly katak dah beli handphone and all teen stuf.Maka Madam A ni tak tau nak buat macam mana dia pun minta tolong pada menantunya (emak budak perempuan) tu then bincang dengan kami macam mana nak buat dgn duit Madam K yang dah di songlap oleh si cucunya nie. So kami pun beritahu apa yang patut dibuat oleh mereka. Sambil berbincang memeleh air mata Madam A, macam mana taknye itu saja wang yg tinggal hasil peninggalan suaminya. Dah ditipu pulak oleh cucu kesayangannya. Sedih pulak saya mengenangkan nasib Madam A.Memang tak mengenang budi sungguh cucunya nie, demi orang lain sanggup mengkhianati ahli keluarga sendiri yang bela dia dari kecil pulak tu. Maka mereka pun pergi la ke balai polis untuk buat repot, lepas tu tak tahu la apa yang jadi.

Oleh itu moral nya kisah ini, hidup ni kenalah mengenang budi dan membalas budi bila dah berjaya, jgn lupa asal usul diri dan ibu dan bapa yg penat menjaga kita sewaktu kecil sampai dewasa. Hidup ni kena la pandai membawa diri dengan siapa kita berkawan, pilih kawan yg macam mana, kalau baik kita pilih baik la jadinya kalau jahat pilihannya binasa la jadinya. Hidup ini harus lah pandai berfikir , akal fikiran yg tuhan bagi utk manusia adalah utj digunakan ke jln yg betul bukan jalan yang sonsang. hidup ini harus selalu elert a.k.a berwaspada ,jgn mudah percaya sangat cakap manis orang di sebelah kita perlu ada batasnya. Oleh itu pandai-pandai la kita membawa diri kita didalam dunia fana yang penuh pancaroba dan tipu daya ini. Kita tak minta semua itu berlaku tetapi dah itu ketentuan Ilahi kena la hadapi dengan penuh kesabaran. Wallahualam....!

note:"Saya rasa agak takut utk melalui saat kedewasaan anak saya, masa depan macam-macam bakal berlaku,macam2 budaya bakal muncul,macam2 kawan akan mereka jumpa dan harapnya perkara buruk tidak la terjadi pada anak-anak kita,banya-banyak la berdoa...!".

#Nukilan ku#
YaZmIn@77
**********