Wednesday, July 29, 2009

HIDUP IBARAT PUTARAN RODA


Hai..Assalamualaikum!
Bersua lagi disini....!
Kisah ini berkisar tentang ape yang pernah terjadi dalam hidupku di tempat kerja...
Saya warwarkan kisah ini bukan lah berniat untuk memperlekehkan or memperkecilkan sesiapa pun.Tapi better la kalu kita sama-sama jadikan tauladan juga ingatan,maklumlah kita ni kan semuanya manusia biasa..

Hidup kita ni tak selalunya berada di atas puncak... ia ibarat roda yang berpusing dan hanya tunggu masa sahaja untuk berhenti.Seperti itulah yang terjadi kepada salah seorang 'staff' a.k.a 'my ex-boss ' yang paling terpenting di tempat kerjaku.Suatu masa dahulu dia diiring oleh 2 or 3 orang staff jika nak pergi ke mana jua..cawangan...,Kalau di Main Branch tu orang dah nampak kelibat nya semua cepat-cepat concentrate pada kerja kat depan mata.Jika cawangan dapat info yang dia nak buat visit tergempar..all staf kat cawangan pun ikut tergempar untuk prepare kedatangannya itu.Bukan lah bermakna my 'ex-boss' ni garang sangat or kejam sangat tapi..dia seorang yang serious dan tegas pasal hal kerja..(semua boss pun memang le macam tu kan?).But sometimes if kita dah kenali dia dgn betul.. actually dia baik,peramah dan kelakar orang nye..

Tapi ,the most thing that really special about him was..'he got a speciall skills in work', bila dia transfer saja ke Selangor ..our sales and target terus menjurus ke tempat pertama dalam semua negeri. Kami dapat banyak penghargaan dan pujian disebabkan cara dia manage all of the staff..bak kata 'he really got that special skills' lah. Yang mengusarkan pulak ..kami semua kena lah kerja keras sikit untuk capai target yang diberikan..tapi yang best nye pulak..bila kami dapat ranking tertinggi..all banefits akan dikongsi bersama dengan mengadakan 'events' , 'dinner','family day' and sumbangan 'cash' pun akan diberikan kepada the best staff and the best branch.Walau pun tention....but sometimes it's more funn and its a challenge betwen all staff too. So..semangat bersaing dan saling memperbaiki kerja dah tentu lah kami praktikkan .He's the most popular man lah in our organization..that time.

Tapi bak kata 'panas tak sampai ke petang, namun hujan di tengahhari'...hidup ini ibarat roda yg berpusing kadangkala atas ,dan kadangkala dibawah..beliau telah menerima satu dugaan yang amat berat dari Allah Taala...Di sebabkan satu 'perkara'..beliau telah dinasihatkan berhenti oleh management..dengan cara baik.Ini adalah kerana 'he's not following the procedure' bagi satu perkara yang mesti diikut. Benarlah seperti apa yang dipelajari dalam subject 'Principles of Management'..the power of his authority iaitu his 'signature'.Ianya boleh menaikkan profits or memberi risiko yang besar dalam kerjaya ,dalam membuat keputusan ( decision making).Ass a bos we have to be responsible with the decision we've made dan kita juga perlu menaggung akibat dari kesilapan itu.

Sekarang,beliau tiada lagi dlm organisasi kami, tapi saya akan senantiasa mengingati jasa beliau dan mempraktikkan skills-skills yang dia pernah praktikkan dulu.Namun , saya 'respect' sangat pada dia kerana walau pun diambang kejatuhan di dalam career nye dia tidak 'give-up'. Dia sedikit pun tidak berasa malu dengan kerjaya baru nye sekarang sebagai free lance ejen insuran. Dia seorang yang berkerja keras dalam apa sahaja yang dilakukannya walau di usia yang agak lewat itu..He's very hardworking, no wonder beliau telah dapat banyak penghargaan dlm kerjayua baru beliau .Usaha nya ini utk menyara keluarga terutamanya anak-anaknye yang masih di alam persekolahan. Saya berharap suatu hari nanti ,sinar kejayaan akan mengiringi hidupnya kembali....insyaallah!

Oleh itu marilah kita jadikan kisah ini sebagai renungan dan teladan bagi diri kita yang sering lupa bersyukur dengan nikmat yang Allah Taala berikan kepada kita.Jangan lah berputus asa dan berasa malu tatkala kita berada di tempat yang terendah di dunia sekalipun.Usaha tangga kejayaan kesabaran dan keimanan akan diiringi dengan kejayaan dan sinar baru..banyakkan beribadah dan berdoa kerana sesungguhnya Allah Taala mendengar setiap bait-bait doa yang kita lafazkan ....Insyaallah..!.

Luahan rasa..*
#Yazmin77 @oshinyaz#

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.