Sunday, August 23, 2009

PENGALAMAN SERAM DI SEKOLAH BERASRAMA

Kisah ini berkisar di sekitar tahun 1992, sewaktu saya bersekolah di Sekolah Agama yang pernah saya ceritakan dahulu.Mungkin pada orang lain ada pengalaman yang lebih seram lagi berbanding yang saya alami. Tetapi bagi saya ini lah pengalaman yang paling menakutkan dalam diri saya sendiri.

Pernah disuatu waktu itu ,saya pun kurang pasti bila, heboh diperkatakan oleh orang sekeliling tentang hantu orang minyak ,hantu susu dan macam-macam hantu lagi. Cerita-cerita sebegitu menjadi heboh dan panas, akhirnya sampai lah ke Sekolah saya.Adalah beberapa orang senior2 di dorm sebelah mengadu pernah terdengar bunyi tapak kaki orang berjalan di dalam dorm dan akhirnya hilang begitu saja. Selain itu ada juga yang mengatakan pernah ditindih 'makhluk' tersebut sehingga mereka lemas dan tak boleh bersuara.Pengalaman mereka ini menjadi gempar sehinggakan ramai yang ketakutan dan setiap malam kami semua akan tidur berdua-dua.Penakutlah katakan!.

Maka pada suatu malam itu, kebetulan rakan saya di katil atas telah pun tidur lebih awal kerana keletihan agaknya.Maka malam itu saya tidur berseorangan saja tanpa teman. Keliling katil saya selitkan dengan kain batik dan kain sembahyang,jadilah macam kelambu...Maka lebih kurang pukul 2 atau 3 pagi agaknya tiba-tiba saya terjaga.Saya terdengar satu bunyi di dorm sebelah yang menempatkan bilik air lama yang sudah tidak digunakan lagi.Bilik air tak boleh dimasuki sesiapa pun dan pintunya telah dipaku. Bunyi itu seolah olah orang memanjat dari dalam bilik air tersebut untuk keluar dari situ. Bunyi itu semakin jelas...saya hanya dapat melihat kelibatnya melalui celah kain-kain yang saya selitkan tadi.Saya pun takut juga untuk melihat dengan lebih teliti sebenarnya. Kedengarannya lembaga itu turun dari atas dinding bilik air tersebut dan menapak di lantai dorm asrama sebelah. Masih saya ingat lagi bunyi tapak kakinya seperti orang yang memakai kasut sekolah. Tap..tap...tap...,bunyi itu berlegar disekeliling dorm sebelah sebelum ianya kembali senyap. Tak dapat saya gambarkan disini betapa saya takut sangat pada waktu itu,padahal saya belum melihatnya di depan mata, cuma mendengar dan melihat kelibatnya saja dari jauh. Orang penakutlah katakan...Tiba-tiba bunyi tapak itu berbunyi kembali dan langkah nya makin dekat menuju ke arah dorm saya. Makin hampir dan makin dekat dan terus hampir ke katil saya.Waktu itu tuba-tiba hujung kaki saya berasa kebas hingga lah ke kulit kepala dan ke hujung rambut. Bulu roma saya mula merasa meremang. Saya hanya dapat membanca ayat kursi berulan-ulang kali sambil menekup muka saya dengan bantal. Bantal di keliling saya rasa ditarik ketepi dan jatuh ke bawah katil. Hendak menjerit ,suara keakan tidak keluar. Hanya ayat kursi yang dapat menenagkan perasaan takut ini. Saya terdengar lembaga itu mengoncangkan katil saya dan memanjat katil saya naik ke atas.Entah apa lah yang bakal terjadi pada kawan saya di atas sana waktu itu saya pun kurang pasti.Selepas beberapa saat di atas katil sambil mengoncangkan katil akhirnya bunyi tu kembali senyap. Begitu juga lembaga seakan sudah pergi. Tetapi dari mana ia keluar?,sedangkan tadi ia di atas katil kawan saya?. Terbang naik ikut bumbung asrama?..Entah lah hanya Allah yang tahu.Wallahualam. Keesokan pagi kawan saya mengadu yang dia berasa telah ditindih sehingga lemas. Saya pun menceritakan kisah pagi tadi dan tak dapat berbuat apa-apa kerana ketakutan. Makhluk itu seakan-akan tahu yang saya mendengar segala gerak gerinya dan seakan ia menduga keimanan saya.Namun alhamdulillah saya masih kuatkan iman, sekurang-kurang saya tidak diserang histeria kerana ketakutan.

Itu lah kisah saya kali ini.

Nukilan ku
#Yazmin77#

Wednesday, August 19, 2009

KISAH SUATU KETIKA DAHULU

Assalamualikum!
Nampaknya dah lama juga saya tidak coretkan sesuatu dalam space saya nie. Al maklum lah adat orang bekerja+belajar ruang-ruang yang ada itu agak terhad dan sempit sikit.Tambahan pulak bila dah berkeluarga banyak tanggungjawab dan tugas yang perlu dilaksanakan.
Okey, coretan kali ini berkisar tentang pengalaman ku sewaktu bersekolah asrama di tingkatan 1,2 dan 3 di salah sebuah sekolah agama di Perak. Sekolah tersebut beraliran agama, maka bila dah kata aliran agama tu tentu la kena belajar 'Bahasa Al-Quran' ,iaitu Bahasa Arab. Saya rasa cukup bertuah kerana dapat berpeluang belajar Bahasa Arab. Bermula dari asasnya iaitu 'nahu', 'Isim' dan kami juga kena hafal beberapa keratan ayat-ayat suci Al-Quranulkarim. 'Grammar' untuk Bahasa Arab ni boleh dikatakan agak susah juga, macam bahasa Inggeris banyak cabang-cabang grammarnya...dulu saya ingat lah tapi sekarang semua dah lupa dah..rugi sungguh rasanya.(insyaallah satu hari nanti saya nak belajar balik la Bahasa Arab ni) tapi yang saya tak lupa sampai sekarang adalah kami kena hafal ayat 'Surah Yasin ' dari mula sampi habis. Alhamdullillah ayat tersebut saya masih hafal lagi dan waktu itu kami belajar mata pelajaran 'Fardu Ain'.
Hampir setiap awal pagi, Pengetua kami (juga merupakan pengasas sekolah tersebut) iaitu Ustaz Abdul Wahab akan pantau dan masuk ke kelas-kelas yang mana guru belum masuk, just untuk soal kami dalam Bahasa Arab, apa itu ,apa ini dan benda itu dan ini dalam Bahasa Arab. Siapa yang mengulagkaji dan bijak bistari dengan senang nya dapat lah menjawabnya.Bagi sesiapa yang terkial-kial dan tak dapat nak jawab al maklum faham sajalah kena lah berdiri di atas kerusi sampai lah Ustaz keluar. Yang amat membanggakan saya Ustaz Abdul Wahab ni bekelulusan Universiti Mesir, kalau tak silap saya Universiti Al -Azhar. Sewaktu saya bersekolah di sana Ustaz A.Wahab mungkin dah berusia dalam lingkungan 60thn or 70 thn ke atas kot. Tapi saya cukup kagum kerana dia masih cergas dan cekal walaupun kadang-kadang ada juga datang sakit sekali sekala.
Anak Ustaz semua dah berjaya dah dalam hidup. Kalau dia pakar dalam Bahasa Arab anak bongsu nya pula 'Teacher Zaidan' pakar pula dalam bahasa Inggeris juga lulusan Oversea. Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi. Teacher Zaidan pun mengajar di Sekolah ini demi menyambung warisan 'Abuyanya'. Beliau ni pun lebih kurang macam Abuyanya juga, bila masuk kelas suka soal 'Grammar'. Semua orang kecut sebab dia ni garang sikit tak macam Abuyanya, lembut . Tapi cara pengajaran nya amat bagus ,mudah di fahami dan diingati.
Rutin kami di sana setiap hari sama saja. Bangun pagi pukul 4.30am 0r 5.00am. Sebab apa bangun awal?. Sebab nak berebut mandi awal, time itu kolah panjang dalam bilik air asrama penuh. Kalau bangun lambat dan mandi lambat nasib nya mandi air bercedok je lah di dasar kolah tu. Dah la air tinggal sikit berkeladak pulak tu. Lagi satu sebab bersiap awal kerana kami wajib solat Subuh berjemaah di surau asrama diimam kan oleh Pengetua, dimakmumkan budak lelaki di bahagian hadapan surau dan perempuan pula di belakang . Selesai itu ada la sedikit kuliah subuh yang akan Ustaz A.Wahab sampaikan.
Selesai itu pelajar perempun akan bersarapan di kantin dan selepas itu ke kelas untuk memulakan pelajaran. Sekolah tersebut merupakan sekolah agama swasta dan hanya dapat bantun kerajaan amat sedikit sahaja. Maka keseluruhan prasarana sekolah serba kekurangan. Masih saya ingat lagi ,kami pernah belajar di kelas yang tiada dinding dan pernah juga kami belajar di kantin sekolah. Sewaktu itu sekolah itu baru dibuka selama 3 tahun dan saya merupakan pelajar intake yang ke-3. Kekurangan kelas menyebabkan kami terpaksa bekorban dengan belajar dimana-mana saja dalam kawasan sekolah itu. Asrama perempuan pula cuma asrama papan dan berbumbungkan atap zink. Ianya cuma ada 3 dorm dan 1 bilik yang memuatkan 2 orang guru sahaja. Asrama lelaki di bahagian tingkat atas kelas yang mempunyai 3 buah kelas sahaja .Bangunan kelas binaan batu ditingkat bawah dan kayu di tingkat atas (asrama lelaki). Kami mandi melalui saluran air yang di pam dari sungai di belakang kawasan sekolah kami. Dan tatkala hari hujan air yang kami mandi pasti dalam keadaan keruh dan bewarna kekuningan. Pernah juga disebabkan masalah air pihak sekolah mengambil inisiatif dengan mengupah orang mengorek tanah untuk mendapatkan sumber air dari dalam tanah. Air tersebut akan di pam ke dalam kolah asrama. Tapi malangnya kualiti air tersebut juga kurang memuaskan, ianya berbau tanah liat dan keruh serta berkeladak. Pernah beberapa orang pelajar telah terkena penyakit gatal-gatal pada kulit disebabkan air tersebut tidak di klorin dan di tapis. Sejak itu pihak sekolah mengambil inisiatif dengan merawat air tersebut. Tidak lama selepas itu pihak sekolah telah dapat bantuan air dari kerajaan.
Memang tidak dinafikan banyak kekurangan mudahan asas bagi kegunaan kami sebagai murid di sana. Hingga kan peruntukan makan bagi murid-murid pun adalah dari bantuan yang di hulurkan oleh penduduk di sekitar kampung dan dari Ibu Bapa kami sendiri. Namun begitu kami sebagia murid-murid sekolah serta guru-guru dan warden asrama begitu cekal melalui keadaan serba kekurangan itu. Bagi kami menuntut ilmu tak kira di mana jua samaada dalam kekurangan pun kita akan mendapatkannya. Kami bersatu hati dalam susah dan senang menghadapi saat itu . Pengalaman di sana telah mengajar saya erti kesusahan hidup, kesyukuran, kasabaran dan cabaran dalam melalui dugaan dari yang maha esa..Allah Taala.
Sekarang jika saya pulang ke kampung di Perak, tatkala melalui sekolah tersebut saya merasa begitu bersyukur dan gembira kerana sekolah tersebut betul-betul telah berubah dari serba kekurangan kepada serba moden dan luas. Kemudahan asas untuk semua amat mencukupi bagi murid-muridnya kini. Dengar nya sekolah tersebut telah mendapat bantuan dari kerajaan bagi pembinaan bangunan sekolah yang baru dan bangunan asrama baru. Sungguh bertuah ganerasi-ganerasi baru sekolah ini berbanding kami generasi ke-3 sekolah tersebut dulu. Di samping itu , saya juga merasa amat bersyukur dapat belajar di sana kerana ,di sana saya dapat belajar ilmu dunia dan akhirat serta ilmu-ilmu Fardu Ain dlm agama Islam dengan begitu mendalam sekali. Terima kasih kepada pihak sekolah dan guru-guru yang telah melegkapkan hidup saya dengan ajaran agama Islam yang begitu sempurna dan indah . Tak dilupa jua kepada Ibu dan Bapa saya yang telah menghantar saya menimba ilmu di sana. Kini saya mengerti hidup ini penuh cabaran dan dugaan, hadapinya dengan tabah dan sabar,sentiasa bersyukur dan ingat yang satu hari nanti kita akan kembali jua ke sisi ilahi.
Sekian coretan kisah nan lalu...
Yazmin77

Sunday, August 2, 2009

WHEREVER YOU ARE, DEATH WILL FIND YOU OUT




Assalamualaikum!
Hope it will remind us about life, death and the greatest of Allah.
My dear friends, take a moral from here, you never know when your life will end.
Change your living and make amends, for heaven, on your deeds depend.



This is the tale of an Average Man,
Who acts contrary to Allah’s plan,
If you are reflected herein,
Then repent and commit no sin.

It was early in the morning at four,
When death knocked upon a bedroom door,
“Whose is there?” the sleeping one cried,
“I am Israel, let me inside.”

At once the man began to shiver,
As one sweating in deadly fever,
He shouted to his sleeping wife,
“Don’t let him take away my life.”

“Please go away, O Angel of death,
Leave me alone, I’m not ready yet,
My family on me depend,
Give me a chance, O please perpend.”

The angel knocked again and again,
“Friend, I’ll take your life without a pain,
It is your soul that Allah require,
I come not with my own desire.”

Bewildered, the man began to cry,
“ O Angel, I am so afraid to die,
I’ll give you gold, and be your slave,
Don’t sent me to the unlit grave.”

“Let me in , O friend!”, the Angel said,
“Open the door get up from your bed,
If you do not allow me in,
I will walk through it like a Jinn.”

The man held a gun in his right hand,
Ready to defy the Angel’s stand,
“I’ll point my gun towards your head,
You dare come in , I’ll shoot you dead.”




By now the Angel was in the room,
Saying, “O friend!, prepare for your doom,
Foolish man, Angel never die,
Put down your gun and do not sigh.”

“Why are you afraid tell me O Man,
To die according to Allah’s plan,
Come smile at me, do not be grim,
Be happy to return to Him.”

“O Angel !, I bow my head in shame,
I had no time to take Allah’s name,
From morning till dusk, I made my wealth,
Never even caring for my healthy.”

“Allah’s commands, I never obeyed,
Nor five times a day, I ever obeyed,
A Ramadan came and Ramadan went,
But no time had I to repent.”

“The Haj was already Fard on me,
But I would not part with my money,
All charities, I did ignore,
Taking usury , more and more.”

“Sometimes I sipped my favourite wine,
With flirting women I sat to dine,
O Angel I appeal to you,
Spare My life for a year or two”.

“The law of Qur’an, I’ll be obey,
I’ll begin to salaat, this very day,
My fast and Haj, I will complete,
And keep away from self-conceit.”

“I will refrain usury,
And give all my wealth to charity,
Wine and wenches I will detest,
Allah’s Oneness I will attest.”

“We Angel do what Allah demands,
We cannot do against His demands,
DEATH is ordained for everyone,
Father, Mother, Daughter or Son.”


“I’m afraid, this moments is your last,
Now be remained, more of your past,
I do understand your fears,
But it’s now too late for tears.”

“You lived in this world two score or more,
Never did you your people adore,
Your parents you did not obey,
Hungry beggars you turned away.”

“Your two ill-goten female offsprings,
In nightclubs for livelihood they sing,
Instead of making more Muslims,
You made your children non-Muslims.”

“You ignore the Muezzin’s Adzan,
Nor did you read the Holy Qur’an,
Breaking promises all your life,
Backbiting friends, and causing strife.”

“From hoarded goods, great profits you made,
And your poor workers you underpaid,
Horses and cards were you leisure,
Money –making was your pleasure.”

“You ate vitamins, and grew more fat,
With the very sick you never sat,
A Pint of blood, you never gave,
Which could a little baby save.”

“O Human, you have done enough wrong,
You bought good properties for a song,
When the farmers appealed to you,
You did not have mercy, it’s true.”

“Paradise for you?. I cannot tell,
Undoubtedly you will dwell in hell,
There’s no time for you to repent,’
I’ll take your soul, for which I’m sent.”

The ending however, is very sad,
Eventually, the man become mad,
With a cry he-jumped out of bed,
And suddenly, he fell down dead.”